APA ITU KITARAN BISNES DAN KENAPA USAHAWAN PERLU MEMAHAMINYA?

Kitaran bisness penting untuk difahami kerana ia membolehkan usahawan untuk mengetahui ciri-ciri yang penting dalam perjalanan bisnes mereka.

Apakah dia kitaran bisnes? Kitaran bisnes bermula apabila modal perniagaan dimasukkan ke dalam bisnes. Modal ini boleh berpunca dari dana pengusaha/pemilik bisness ataupun peminjam dana. Untuk bisnes yang serius dalam dunia perniagaan, akaun bank adalah satu kemestian.

Perlu difahami yang didalam dunia perniagaan, bisnes adalah pelakunnya, bukan pemilik atau peminjam dana.

Selain dari itu, pelakun-pelakun utama dalam dunia perniagaan adalah pembekal, pelanggan dan institusi kewangan (bank).

Ini dapat digambarkan seperti berikut:

kitaran-bisnes

Apabila Pembekal menghantar bekalan, ianya perlu dibayar. Pembayaran ini dilakukan melalui akaun bank dibawah nama bisnes yang terdapat di pihak Bank.

Tambah nilai (value-add) akan dilakukan oleh bisnes keatas bahan bekalan. Jualan akan berlaku apabila Pelanggan membeli bahan tersebut. Penerimaan bayaran dari pelanggan dimasukkan ke akaun bank.

Beginilah seterusnya kitaran ini berpusingan. Dengan harapan jumlah dana bisnes yang terdapat di akaun bank akan makin bertambah yang membayangkan bisnes tersebut mencatat keuntungan.

Jika sekiranya bisnes ini terlibat dalam perkhidmatan, maka kitaran masih sama. Cuma tiada bahan bekalan dalam kitaran. Dan kitaran boleh juga bermula dari pihak Pelanggan melalui pesanan pelanggan yang diterima oleh bisnes.

Sebesar mana saiz kitaran ini berlaku bergantung kepada industri dimana bisnes ini berada. Tidak mustahil sekiranya bekalan tersebut dalam nilai berjuta-juta ringgit, dan selepas ditambah nilai oleh bisnes, jualan ke Pelanggan akan dalam nilai berjuta-juta ringgit juga. Tambahan pada baki akaun bank bagi membayangkan untung/rugi bisnes tetap sama! (“Big circle vs small circle” concept.)

Dalam artikel akan datang, saya akan menerangkan kenapa “Account Statement” penting untuk bisnes.

Jangan lupa pihak kami akan mengadakan seminar “Tingkatkan pengurusan kewangan dan perakaunan” khas untuk usahawan IKS pada 24 Januari 2017 ini. Rujuk pada website kami untuk maklumat lanjut dan pendaftaran secara online.

GNZ.

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s