KENAPA “ACCOUNT STATEMENT” PENTING BILA MENGEMBANGKAN PASARAN BISNES ANDA?

Usahawan boleh saja mengenakan jualan secara tunai kepada Pelanggan. Namun demikian usahawan perlu fahami yang selain dari secara tunai, ada beberapa cara lain dalam menggendalikan jualan. Lebih-lebih lagi jika ingin mengembangkan pasaran jualan. Ini termasuk “Cash on Delivery”, “Payment Before Delivery”, dan “Credit Terms”. Credit Terms ini pula terbahagi pada tempoh kredit (“Credit Period”) dan had kredit (“Credit Limit”) .

Usahawan boleh menimbangkan kendalian selain dari tunai bagi menarik lebih ramai pelanggan dan dengan itu mengembangkan pasaran bisnes. Dan dengan ini kitaran bisnes akan membesar!

tingkatkan-kitaran-bisnes

Jika kendalian jualan adalah serta merta tunai atau pun tunai sebelum penghantaran (“payment before delivery”) atau tunai semasa penghantaran (“Cash on delivery”), maka peranan pelanggan dalam kitaran bisnes tidaklah seberapa kerana fokus akan lebih tertumpu pada kutipan masa transaksi dilakukan.

Sekiranya jualan adalah dalam bentuk “credit terms” samada dari segi tempuh kredit (‘credit period’) atau pun had kredit (“credit limit”), pelanggan tergolong dalam pelakun utama dalam kitaran bisnes. Memantau keadaan baki tertunggak pelanggan adalah kritikal bagi bisnes.

Kendalian jualan boleh juga dilakukan melalui kad credit. Dengan ini kutipan (pembayar) untuk jualan itu bertukar dari pelanggan kepada pihak bank. Dalam istilah bisnes, ini dinamakan “three-corner sales”. Ini adalah dimana pihak penjual (iaitu bisnes), pihak pembeli (iaitu pelanggan) dan pihak pembayar (iaitu bank) adalah tiga parti yang berlainan untuk satu transaksi jualan tersebut. Maka memantau keadaan baki tertunggak dengan bank juga adalah kritikal bagi bisnes.

Jika kendalian jualan secara kredit untuk mengembangkan bisnes dipilih, maka keupayaan sistem bisness untuk mengeluarkan “Account Statement” menjadi penting. Secara amnya, Account Statement adalah penyata yang menunjukkan invois jualan pada pelanggan dan kutipan bayaran dari pelanggan. Ini adalah untuk menunjukkan baki belum berbayar bagi sesuatu tempuh; yang dikirim kepada pelanggan untuk tujuan pemantauan dan pembayaran. Account Statement ini boleh dikendalikan secara “itemised” ataupun secara “balances”.

Account Statement secara “itemised” bermakna setiap invois digandingkan dengan bayaran bagi invois tersebut. Dengan ini baki tertunggak dalam Account Statement bagi pelanggan adalah invois yang dikenalpasti yang masih belum berbayar.

Manakala secara “balances” pula bermakna baki tertunggak berdasarkan jumlah sahaja. Ini adalah kerana invois-invois yang belum berbayar pada sesuatu masa akan di gandingkan dengan bayaran yang diterima dalam bentuk “first-in, first-out basis”. Dengan ini invois yang tertunggak tidak perlu dikenalpasti.

Dengan adanya kaedah Account Statement ini, usahawan dapat mengetahui bagaimana prestasi kutipan dari pelanggan-pelanggan kredit. Dan fungsi ini termasuk dalam fungsi “kawalan kredit” yang menjadi penting seiring dengan menjadi pentingnya pelanggan dalam kitaran bisnes yang diharapkan akan lebih berkembang melalui jualan kredit.

Tanpa “Account Statement” agak mustahil untuk bisnes berkembang, lebih-lebih lagi dengan kendalian jualan kredit.

GNZ.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s