TALIAN HAYAT BISNES ANDA – “TRACKING YOUR INVENTORY”!

Bisnes yang berkaitan dengan perkhidmatan tidak ada stok. Servis atau perkhidmatan disempurnakan kepada Pelanggan melalui kerja-kerja yang dibuat seperti yang dipesan oleh Pelanggan. Bisnes selainnya tidak dapat tidak akan terlibat dengan stok. Dan jika ini wujud, maka inventori stok (atau jumlah stok dalam pegangan) perlu dipantau.

Seandainya stok tidak ada atau tidak mencukupi, maka bisnes kerugian kerana jualan tak dapat dijalankan untuk meraih untung. Namun demikian sekiranya terlalu banyak inventori stok tersimpan tanpa jualan, bisnes mungkin kerugian kerana kos stok tidak menghasilkan jualan yang diharapkan dan seterusnya untung yang didambakan.

Maka perlu ada kesimbangan diantara kehabisan stok untuk jualan di satu pihak dan memegang terlampau banyak stok yang tidak terjual di pihak lain. Dengan demikian, sistem bisnes perlu mempunyai kemampuan untuk memantau inventori stok (“inventory tracking”) kerana “stock availability” untuk jualan adalah talian hayat bisnes anda.

kitaran-bisnes-pemasaran

Perancangan bisnes mempengaruhi tahap inventori stok dalam pegangan bisnes. Misalnya, kalau pada sesuatu tempuh terdapat promosi untuk meningkat jualan, maka penyimpanan inventori untuk merebut peluang peningkatan jualan adalah munasabah. Begitu juga jika pemasaran menunjukkan jualan agak pudar untuk sesuatu masa, maka menyimpan inventori stok yang lebih tidak dianjurkan.

Mencari keseimbangan bagi tahap inventori stok adalah penting kerana ianya adalah faktor penyumbang yang utama dalam kesinambungan bisnes. Bisnes bergantung pada fungsi pemasaran, dan ini didefinasikan sebagai “putting the right product in the right place, at the right price, at the right time”. Dengan kaedah ini usahawan perlu memahami yang tanpa adanya stok untuk jualan, fungsi pemasaran akan pincang yang akhirnya menjejaskan kesinambungan bisnes.

Sistem bisnes perlu mampu untuk “tracking” inventori stok dengan baik. Setiap unit stok yang diterima dari pembekal mesti direkodkan dalam jumlah kos inventori stok dalam pegangan bisnes; dan setiap unit stok yang dijual kepada pelanggan perlu direkodkan dalam jumlah kos jualan bisnes. Unit stok yang dijual biasanya akan menggunakan dasar “Last-in, First-out”. Ini bermakna unit stok yang terawal diterima akan dikeluarkan sebagai unit stok yang dijual dan kosnya diambil sebagai kos jualan.

“Inventory Tracking” adalah penting kerana ianya juga memberi peluang untuk bisnes memantau stok yang lama yang masih boleh dijual pada harga discount. Dan juga memberi peluang bisnes untuk “write-off” stok yang sudah lapuk ataupun stok yang hilang/rosak. Ini tidak dapat dilakukan oleh bisnes seandainya tiada sistem “Inventory Tracking” dalam bisnes.

Bagi usahawan yang terlibat dalam bisnes stok “on consignment”, tracking inventory menjadi amat penting.

Jangan lupa pihak kami akan mengadakan seminar “Tingkatkan pengurusan kewangan dan perakaunan” khas untuk usahawan IKS pada 24 Januari 2017 ini di Bangi Gateway. Maklumat lanjut dan pendaftaran secara online boleh dibuat di link berikut:

https://www.eventbrite.com/e/khas-untuk-usahawan-iks-tickets-30877160418

GNZ.

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s